PRK Ayer Kuning: Tunjuk bukti jika calon PN tipu tauliah

PRK Ayer Kuning: Tunjuk bukti jika calon PN tipu tauliah

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) menuntut pihak yang mendakwa calon mereka pada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek menipu dalam urusan permohonan tauliah mengajar agama Islam di Perak supaya mengemukakan bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Ketua Whip­nya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN menyerahkan kepada Abdul Muhaimin untuk memberi penjelasan tentang hal itu.

“Selama ini calon kita itu (Abdul Muhaimin) sudah menjadi guru agama yang bertauliah di negeri berkenaan.

“Bagi saya pihak yang mendakwa perlu kemukakan bukti,” katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sini semalam

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Muhaimin belum bersedia mengulas dakwaan dirinya menipu dalam permohonan mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Tapah terpalit kontroversi apabila didakwa menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mendapat tauliah mengajar agama di negeri ini.

Susulan itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi dalam kenyataannya meminta siasatan dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini