Penduduk Gaza terus diserang tentera Israel

Penduduk Gaza terus diserang tentera Israel

Penduduk Palestin menyempurnakan solat jenazah Amir Hussien dan anak lelakinya, Walid yang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan rakyat Gaza untuk menyambut Syawal penuh kesyukuran terus musnah apabila rejim Zionis me­langgar perjanjian gencatan senjata sehingga menyebabkan bumi Palestin terus menyaksikan pertumpahan darah.

Lebih menyedihkan, serangan tanpa henti ke atas kawasan penempatan, hospital dan kem pelarian sekali gus menjadikan Syawal satu lagi episod duka buat rakyat Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, sehingga kini, Gaza masih diserang Israel kerana mereka mengingkari perjanjian renjatan senjata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk Gaza terpaksa menyambut Syawal dalam keadaan penuh ketidakpastian kerana terpaksa berpindah randah setelah beberapa kawasan diarahkan dikosong tanpa sebarang penjelasan atau jaminan keselamatan.

“Sudah pastinya mereka akan menyambut Syawal dengan titisan darah yang tidak berpenghujung dan ia bukan sesuatu yang lagi asing bagi rejim Zionis Israel.

“Tragedi ini pernah berulang pada tahun 2014, apabila sera­ngan kejam dilancarkan sepanjang Ramadan dan berlanjutan hingga ke Syawal.

“Rejim Zionis tidak mengenal erti cuti atau menghormati perayaan orang lain sehingga menjadikan penderitaan rakyat Palestin berterusan tanpa henti.

Kesedihan ini pasti akan berlanjutan dan menenggelamkan kegembiraan Syawal dalam lautan air mata dan darah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sejak bulan lalu, Israel ber­ulang kali mencabuli gencatan senjata, khususnya ketika Ramadan dan Syawal, menyebabkan penderitaan rakyat Gaza tidak pernah berakhir.

Pada 2014, peperangan yang berlarutan dari Ramadan hingga Syawal meragut lebih 2,200 nyawa, menjadikan perayaan yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi lautan darah.

Selain itu, rejim ini turut mencetuskan ketegangan dengan menyerbu Masjid Al-Aqsa hanya beberapa hari selepas Aidilfitri, meskipun gencatan senjata telah diumumkan.

Pada 2023, sekatan ke atas Gaza diperketat manakala se­rangan di Tebing Barat semakin meningkat ketika Syawal sehingga mengorbankan lebih ramai rakyat Palestin.

Kemuncak kekejaman rejim ini berlaku pada 2024 apabila Israel menolak gencatan senjata dan terus mengebom Gaza sewaktu umat Islam menyambut Syawal yang menyebabkan ramai kanak-kanak syahid dalam kegembiraan yang sepatutnya menjadi milik mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×