37 maut, bas penumpang bertembung di selatan Bolivia

37 maut, bas penumpang bertembung di selatan Bolivia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUCRE: Sekurang-kurangnya 37 maut, termasuk empat kanak-kanak, selepas dua bas penumpang bertembung di lebuh raya selatan Bolivia, semalam.

Nahas yang berlaku berhampiran bandar Uyuni di wilayah Potosi itu merupakan kemalangan bas terburuk di negara tersebut setakat tahun ini.

“Setakat ini, kami mengesahkan 37 kematian,” kata pegawai polis, Kolonel Wilson Flores kepada AFP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis dalam kemas kini terbaharu mengesahkan 41 orang cedera dan kini dirawat di hospital.

Antara mangsa yang terkorban ialah dua warga asing, seorang wanita Peru berusia 80 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Tiga lagi mangsa bawah umur yang meninggal dunia berusia antara 13, 15 dan 17 tahun.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi Sabtu, di sebuah jalan dua hala yang sempit.

Sebuah bas dalam perjalanan ke bandar Orura, yang menjadi lokasi Karnival Oruro hujung minggu ini, festival terbesar di Amerika Latin yang menarik puluhan ribu pengunjung.

Punca sebenar kemalangan masih belum diketahui, tetapi polis percaya salah sebuah bas memasuki lorong bertentangan.

Pihak berkuasa juga berkata, seorang pemandu, yang kini kritikal, didapati berada di bawah pengaruh alkohol, namun ujian darah sudah dijalankan.

Menurut data kerajaan, kemalangan jalan raya meragut purata 1,400 nyawa setiap tahun di negara yang mempunyai kira-kira 12 juta penduduk.

Kemalangan terbaharu itu berlaku tidak sampai dua minggu selepas sekurang-kurangnya 30 maut apabila bas penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 800 meter di selatan Bolivia, antara bandar Potosi dan Oruro.

Januari lalu, 19 lagi terkorban apabila bas terbabas dari jalan, juga berhampiran Potosi.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN