AS lulus lagi penjualan senjata kepada Israel

AS lulus lagi penjualan senjata kepada Israel

SUKARELAWAN meletakkan bunga pada replika menggambarkan bom Mark-84 seberat 907 kilogram bertulis 'Stop Arming Israel', di perkarangan Dewan Parlimen di tengah London.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan lebih AS$3 bilion (RM13 bilon) bantuan ketenteraan kepada Israel, meliputi peluru, jentolak dan peralatan berkaitan.

Setiausaha Negara, Marco Rubio menandatangani penjualan bernilai AS$2.04 bilion dalam badan bom dan kepala peledak, AS$675.7 juta (RM3 bilion) lagi untuk bom dan kit panduan serta AS$295 juta (RM1.3 bilion) untuk jentolak dan peralatan berkaitan, menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan AS (DSCA).

DSCA berkata, Rubio menentukan dan memberi justifikasi terperinci konon wujud keadaan darurat yang memerlukan penjualan segera kepada kerajaan Israel demi kepentingan keselamatan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia mengecualikan keperluan biasa yang menetapkan sebarang penjualan perlu mendapatkan kelulusan Kongres, kata agensi tersebut.

“AS komited terhadap keselamatan Israel dan penting bagi kepentingan negara Amerika untuk membantu Israel membangun serta mengekalkan keupayaan pertahanan mereka,” katanya.

Urus niaga senjata terbaharu itu berlaku selepas Washington meluluskan penjualan lebih AS$7.4 bilion (RM32.9 bilion) dalam bentuk bom, peluru berpandu dan peralatan berkaitan kepada Israel awal bulan ini.

Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap rakyat Palestin di Gaza pada Oktober 2023, menyebabkan ribuan orang awam terbunuh dan melumpuhkan hampir keseluruhan wilayah.

Sebagai tindak balas terhadap kebimbangan peningkatan korban awam, pentadbiran bekas Presiden Joe Biden menyekat penghantara bom seberat 907 kilogram (kg) kepada Israel tahun lalu.

Namun, penggantinya, Donald Trump membatalkan keputusan itu dan mengumumkan penjualan baharu termasuk senjata dengan saiz tersebut.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN