Pemimpin Syria diundang ke Sidang Kemuncak Liga Arab mengenai Gaza

Pemimpin Syria diundang ke Sidang Kemuncak Liga Arab mengenai Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat Liga Arab mengenai Gaza yang akan diadakan di Mesir.

Menurut kenyataan rasmi dari presiden republik itu, beliau menerima jemputan rasmi daripada Presiden  Mesir untuk menyertai sidang kemuncak luar biasa Liga Arab itu pada 4 Mac di Kaherah.

Mesyuarat tersebut diadakan sebagai respons terhadap rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih Semenanjung Gaza dan membangunkannya semula menjadi ‘Riviera Asia Barat’ yang dikritik hebat.

Menurut rancangan Trump, penduduk Palestin di kawasan itu akan dipindahkan ke lokasi lain termasuk ke Mesir dan Jordan.

Rancangan Trump mencetuskan kemarahan daripada pemerintah Arab serta pemimpin dunia lain, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang pembersihan etnik di wilayah Palestin.

Sharaa menyifatkan rancangan Trump itu sebagai ‘kejahatan besar yang tidak boleh berlaku’.

Syria di bawah kepimpinan presiden terdahulu, Bashar al-Assad, telah digantung daripada Liga Arab pada tahun 2011 kerana tindakan keras terhadap protes demokrasi yang berakhir dengan perang yang menghancurkan negara tersebut.

Damsyik dibenarkan untuk kembali ke blok serantau itu pada tahun 2023.

Pada penghujung tahun lalu, sebuah pakatan yang diterajui Sharaa, Hayat Tahrir al-Sham, menggulingkan Bashar sebelum beliau dilantik sebagai presiden sementara sejurus selepas itu.

Mesir menyokong Bashar hingga ke penghujungnya walaupun ketika Hayat Tahrir al-Sham yang dipimpin oleh Sharaa semakin hampir ke Damsyik

Namun ia telah berhubung dengan Syria secara berhati-hati selepas kejatuhan Bashar.

Mesyuarat di Kaherah bulan depan akan menjadi kali pertama Sharaa mewakili Syria dalam Liga Arab. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×