Serangan udara Israel sasar Lubnan ketika majlis pengkebumian Nasrallah

Serangan udara Israel sasar Lubnan ketika majlis pengkebumian Nasrallah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke beberapa bandar di timur dan selatan Lubnan ketika majlis pengkebumian besar-besaran pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa pada Ahad.

Menurut laporan Anadolu, serangan Israel menyasarkan bandar Zrariyeh, Zibqin, Al-Qlaiaah, Jannata, Deir Qanoun Al Naher, dan Maaroub di selatan Lubnan.

Agensi berita negara NNA melaporkan, seorang gadis Syria cedera berhampiran Al-Qlaiaah dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Penyiar juga melaporkan satu serangan udara dilaporkan di kawasan Brisa di timur Lubnan, tetapi tiada kematian dilaporkan.

Penyiar awam Israel, KAN, turut melaporkan bahawa dron Israel terbang di atas ibu kota Beirut namun sumber negara itu menafikan dakwaan tersebut menuduh ia adalah dron milik tentera Lubnan.

Tentera Israel mengesahkan serangan tersebut dengan mendakwa ia menyasarkan tapak ketenteraan Hezbollah yang mengandungi peluru roket dan senjata lain di Baalbek dan beberapa lokasi lain di selatan Lubnan di mana aktiviti Hezbollah dikesan.

Satu kenyataan tentera mendakwa beberapa platform roket telah dimusnahkan dalam serangan itu

Serangan itu berlaku serentak dengan kehadiran ribuan orang yang hadir dalam pengkebumian Nasrallah dan pemimpin kanan Hezbollah, Hashem Safieddine, di Kompleks Sukan Camille Chamoun di Beirut.

Tentera Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada 27 November dengan lebih 1,000 pelanggaran dilaporkan oleh pihak berkuasa Lubnan, termasuk kematian sekurang-kurangnya 79 orang dan kecederaan 276 yang lain.

Perjanjian gencatan senjata itu menamatkan peperangan merentas sempadan antara Israel dan Hezbollah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September.

Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya menarik diri sepenuhnya dari selatan Lubnan pada 26 Januari, tetapi tarikh akhir itu dilanjutkan hingga 18 Februari selepas Israel enggan mematuhi syarat tersebut.

Tentera Israel telah menarik diri dari bandar-bandar selatan Lubnan minggu lalu tetapi masih mengekalkan kehadiran ketenteraan di lima pos sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×