RM6.62b mata wang kripto Bybit 'lesap'

RM6.62b mata wang kripto Bybit ‘lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bybit memaklumkan mata wang digital firma itu bernilai AS$1.5 bilion (RM6.62 bilion) ‘lesap’ akibat digodam dalam insiden yang disifatkan sebagai rompakan kripto terbesar dalam sejarah.

Menurut firma itu, penggodam mencuri daripada dompet digital syiling Ethereum yang merupakan mata wang kripto kedua terbesar mengikut nilai selepas Bitcoin.

Pengasas Bybit, Ben Zhou berkata, penggodam mengeksploitasi ciri keselamatannya sebelum memindahkan wang itu ke alamat yang tidak dikenali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas rompakan itu, nilai Ethereum jatuh sekitar empat peratus pada Jumaat, menjadikannya bernilai sekitar AS$2,641.41 (RM11,671) setiap syiling.

Skala rompakan tersebut melebihi rekod kecurian Ethereum dan USD Coin daripada Rangkaian Ronin pada 2022 bernilai AS$620 juta (RM2.7 billion).

Syarikat itu bagaimanapun memberi jaminan kepada pengguna bahawa dana mereka masih selamat dan pihaknya akan membayar balik mana-mana yang terjejas.

“Wang itu boleh dilindungi oleh firma kami atau dengan pinjaman daripada rakan kongsi. Bybit memegang AS$20 billion dalam asset (RM88.37 billion),” katanya.

Syarikat yang berpangkalan di Dubai itu diasaskan pada 2018 dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta bekas Ketua Paypal, Peter Thiel dilaporkan antara pelabur terawalnya.

Bybit memaklumkan mempunyai lebih 60 juta pengguna di seluruh dunia dan menawarkan akses kepada pelbagai mata wang kripto.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN