AS padam kenyataan tidak sokong kemerdekaan Taiwan dari laman web

AS padam kenyataan tidak sokong kemerdekaan Taiwan dari laman web

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memadam kenyataan yang tidak menyokong kemerdekaan Taiwan daripada laman webnya.

Langkah itu adalah perubahan yang dipuji oleh kerajaan Taiwan, yang menganggapnya sebagai tanda sokongan Washington kepada negara pulau itu.

Laman web itu masih mengekalkan penentangan AS terhadap perubahan unilateral, sama ada dari Taiwan atau China, mendakwa pulau yang ditadbir secara demokrasi itu sebagai miliknya.

Selain menghapuskan frasa ‘kami tidak menyokong kemerdekaan Taiwan’, laman tersebut kini merujuk kepada kerjasama Taiwan dalam projek pembangunan teknologi dan semikonduktor yang dikendalikan Pentagon.

Laman web itu juga menyatakan sokongan AS terhadap penyertaan Taiwan dalam organisasi antarabangsa.

Walaupun AS tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan, ia merupakan penyokong antarabangsa terkuat bagi pulau itu dan terikat dengan undang-undang untuk membantu Taiwan mempertahankan diri.

“Kami menentang sebarang perubahan unilateral terhadap status quo. Kami mengharapkan perbezaan merentas Selat Taiwan diselesaikan secara aman, tanpa paksaan,” kata laman web Jabatan Negara dalam kemas kini pada 13 Februari.

Menteri Luar Taiwan, Lin Chia-lung dalam kenyataan menyambut baik perubahan itu dan sokongan Washington terhadap hubungan Taiwan-AS.

Perubahan itu pertama kali dilaporkan oleh Agensi Berita Pusat Taiwan.

Sebelum ini, frasa mengenai kemerdekaan Taiwan pernah dipadamkan pada tahun 2022, tetapi diletakkan semula.

Kerajaan Taiwan menegaskan, hanya rakyat negaranya yang berhak menentukan masa depan mereka dan menolak tuntutan kedaulatan Beijing.

Beijing sering mengutuk sebarang bentuk sokongan terhadap Taiwan dari Washington, menggambarkan negara pulau tersebut sebagai teras terpenting.

Walaupun Presiden Trump mengkritik dominasi Taiwan dalam penghasilan semikonduktor, pentadbirannya tetap memberikan sokongan kuat termasuk membenarkan kapal Tentera Laut AS melalui Selat Taiwan.

Kementerian Luar Taiwan juga melaporkan bahawa sebuah kapal perang Kanada, Ottawa, melalui Selat Taiwan pada 16 Februari.

Taiwan terus menghadapi tekanan ketenteraan dari Beijing, dengan pesawat perang dan kapal perang China sering memasuki ruang udara dan perairan di sekitar pulau itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×