Tiga lagi tebusan Israel dibebaskan dalam pertukaran kelima

Tiga lagi tebusan Israel dibebaskan dalam pertukaran kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hari ini, dalam pertukaran kelima di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Sebagai pertukaran, Israel juga dijadualkan membebaskan puluhan tahanan Palestin dari penjaranya.

Tiga tebusan tersebut – Eli Sharabu, 52; Ohad Ben Ami, 56 dan Or Levy, 34 – dibawa keluar dari sebuah van putih ke pentas yang disediakan di bandar Deir Al-Balah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua mereka ditawan semasa serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023.

Ketiga-tiga tebusan diminta secara bergilir-gilir untuk membuat kenyataan awam, sebelum mereka diserahkan kepada pegawai Palang Merah.

Ini adalah kali pertama tebusan yang dibebaskan semasa fasa gencatan senjata diminta untuk membuat kenyataan awam semasa pembebasan mereka.

Ia adalah pertukaran kelima tebusan untuk tahanan sejak gencatan senjata bermula pada 19 Januari.

Sebelum ini, 18 tebusan dan lebih daripada 550 tahanan Palestin sudah dibebaskan di bawah pertukaran sama.

Cadangan mengejut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari Gaza, dilihat tidak menjejaskan fasa semasa gencatan senjata, yang berjalan sehingga awal Mac.

Namun, rancangan itu berisiko menyulitkan rundingan mengenai fasa kedua, apabila Hamas dijangka membebaskan lebih ramai tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata kekal di Gaza.– AP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×