Ramai rakyat Malaysia menggunakan suplemen herba dan kebaikan semula jadinya untuk menjamin dan mengekalkan kesihatan badan.
Lantaran itu, Mega Lifesciences & BiO-LiFE mengeluarkan rangkaian produk Herbalmeds, iaiatu perubatan herba daripada ilham budaya perubatan herba Barat, Ayurveda, dan Tradisi Cina.
Ia diperbuat dengan bahan aktif dan berkualiti, rangkaian Herbalmeds terdiri daripada Femosa, Curcure Phyto dan Echinax.
Pengurus Besar Malaysia & Singapura di Mega Lifesciences & BiO-LiFE Marketing Sdn. Bhd., Balaji Rajagopal, berkata kajian ke atas tumbuhan untuk menyelidik khasiat semula jadinya adalah sebahagian daripada budaya di seluruh dunia.
“Sebagai syarikat penjagaan kesihatan yang mementingkan kesejahteraan dengan pengalaman melebihi 30 tahun di Malaysia, kami memberi komitmen untuk membekalkan pelanggan kami dengan rangkaian produk kesihatan yang terjamin dan berkualiti berdasarkan bukti saintifik.
“Kami percaya bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan pegangan ini, kami telah merumus dan membangunkan rangkaian suplemen kesihatan dan ubat herba untuk kesihatan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.
Herbalmeds Femosa, Curcure Phyto dan Echinax adalah tiga produk berupaya membantu pelanggan menjaga kesihatan diri dan orang tersayangnya.
“Kami sedar bahawa ramai rakyat Malaysia menggunakan suplemen herba dan kebaikan semula jadinya untuk mengekalkan kesihatan mereka. Oleh itu, kami
berasa bangga dengan rangkaian produk Herbalmeds ini yang telah diuji manfaatnya melalui ujian klinikal demi mengekalkan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.
Produk ini memiliki kompaun bioaktif penting yang didapati di dalam kunyit. Ia membantu dalam meredakan kesakitan akibat inflamasi, contohnya kesakitan disebabkan osteoartritis.
Rangkaian produk ini boleh didapati di farmasi.










