Jaga sensitiviti elak Kerajaan Perpaduan berpecah 

Jaga sensitiviti elak Kerajaan Perpaduan berpecah 

MUSTAPHA YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran UMNO merasakan DAP masih tidak ikhlas bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan meskipun hubungan sudah terjalin dua tahun sejak  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hubungan itu dilihat masih ‘rapuh’ dan boleh berpecah pada bila-bila masa kerana DAP dilihat tidak menjaga sensitiviti antara parti-parti lain khususnya membabitkan isu agama dan perkauman.

Katanya, beliau melihat perkara ini mulai tidak dijaga dengan baik apabila terdapat sesetengah pihak yang sengaja mencetuskan api kemarahan orang Melayu dalam beberapa isu yang berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nampak gaya DAP ini masih mencucuk kita dan timbulkan isu-isu melibatkan empat perkara yang ditandatangani dulu. Jadi, secara peribadi saya rasakan DAP tidak ikhlas dan mencari kesilapan kita iaitu UMNO dalam bentuk empat perkara.

“Sekarang ini ada sahaja isu yang sengaja cuba untuk diprovokasikan, sebab itu dalam kenyataan awal kita menyatakan Kerajaan Perpaduan ini boleh pecah kerana DAP, kita bersetuju untuk membentuk kerajaan di peringkat awal adalah demi titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan kerajaan dan rakyat.

“Tetapi jika berlaku sebarang perpecahan, DAP lah angkaranya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sebelum Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim terbentuk, pimpinan DAP telah memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk kedudukan Islam dan institusi Raja.

Namun, beberapa isu yang berlaku terus mencetuskan kemarahan orang Melayu sehingga hari ini, antaranya penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, Perak.

Mengulas lanjut, Mustapha turut berkata, untuk sementara ini UMNO akan terus mempertahankan kerajaan sedia ada sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) seperti yang disebut Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Kita akan terus kekalkan dan pertahankan kerajaan sekarang sebagaimana yang disebut Zahid, beliau pun pernah cakap kita akan bekerjasama dengan PH sehingga PRU-16. apakah kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan? itu kita belum tahu lagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini