Leka gambar atas landasan, pelancong maut dirempuh kereta api

Leka bergambar atas landasan, pelancong maut dirempuh kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOKKAIDO: Seorang pelancong wanita dari Hong Kong dilaporkan maut selepas dirempuh kereta api ketika mengambil gambar di atas landasan di bandar Otaru, Hokkaido, Jepun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu berlaku sekitar pukul 11:30 pagi waktu tempatan berhampiran lintasan kereta api di Laluan JR Hakodate, Khamis lalu. 

Menurut laporan agensi berita Xinhua yang memetik media Jepun, wanita berusia 61 tahun itu berdiri di atas landasan kereta api untuk merakam gambar laut sebelum dirempuh.  

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

Insiden tersebut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan kereta api selama kira-kira satu jam setengah, membabitkan 19 perkhidmatan kereta api.

Konsulat China di Sapporo mengesahkan pihaknya menghubungi pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Konsulat kini sedang memantau kes tersebut dan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa.   

Sementara itu, pihak South China Morning Post memaklumkan telah menghubungi pihak imigresen Hong Kong untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden tragis berkenaan.  -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini