Nahas tiga beradik: PM zahirkan simpati mendalam

Nahas tiga beradik: PM zahirkan simpati mendalam

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan maut yang meragut nyawa tiga beradik yang dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar berkata, beliau juga amat bersimpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka kuat untuk menghadapi ujian tersebut.

“Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

“Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, tiga beradik iaitu Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisya, lapan tahun, maut bersama abang mereka, Nor Daniel Aiman, 18, selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah lori.

Difahamkan, ketika kejadian, Nor Daniel Aiman menghantar kedua-dua adiknya untuk ke sekolah walaupun sudah dimaklumkan oleh ibu mereka, Julaiha Munaji bahawa sekolah mereka ditutup akibat jerebu teruk.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka terlibat dalam nahas itu dalam perjalanan pulang ke rumah yang hanya 200 meter dari rumah mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini