Kos tinggi punca pelancong makin menjauhi Cameron Highland

Kos tinggi punca pelancong makin menjauhi Cameron Highlands

KEADAAN jalan di Brinchang yang lengang ketika tinjauan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos perbelanjaan yang tinggi menjadi salah satu faktor utama orang ramai menjauhi Cameron Highlands ketika bercuti.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati majoriti pengunjung berpendapat bahawa harga di Cameron Highlands semakin meningkat, terutamanya ketika musim cuti sekolah.

Pekerja swasta, Qurratu Dahlia Mohd. Rizal, 27, berkata, antara yang naik semakin meningkat adalah harga makanan di tanah tinggi itu terutama pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Menurutnya, faktor itu menjadikannya kurang mesra kepada pengunjung yang mempunyai bajet terhad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga sangat mahal, terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Sebagai contoh, saya pernah membeli empat bekas strawberi dengan harga RM20, tetapi apabila tiba hujung minggu atau cuti sekolah, harganya berubah kepada RM20 untuk sebekas sahaja.

“Selain itu, harga tiket masuk ke Taman Tema Hobbit Village iaitu RM40 seorang hanya untuk bergambar. Pada pandangan saya, ia agak mahal untuk sebuah lokasi yang terhad de­ngan aktiviti bergambar sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin akhbar ini melaporkan kedatangan pelancong ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands dilihat berkurangan pada musim cuti sekolah yang baru bermula, Sabtu.

Tinjauan mendapati lokasi tumpuan pelancong seperti di Kea Farm tidak berlaku kesesakan trafik seperti yang berlaku pada setiap hujung minggu atau cuti panjang.

Pekerja swasta, Nurul Shuhada Emran, 28, berkata harga tiket masuk ke taman bunga juga dianggap mahal dan tidak berpatutan.
Menurutnya, harga tiket yang dikenakan adalah seba­nyak RM25 seorang, namun tiada aktiviti lain disediakan selain mengambil gambar.

“Tidak ramai yang sanggup membayar hampir RM100 untuk empat orang hanya sekadar bergambar dengan bunga tanpa sebarang aktiviti lain yang ditawarkan. Bagi sesetengah keluarga, ia dirasakan tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

“Selain itu, harga cende­ramata di kawasan pelanco­ngan dalam negara juga dilihat agak mahal dan ini menjadi bebanan tambahan bagi pe­ngunjung yang ingin membawa pulang kenangan daripada destinasi yang mereka lawati.

“Hal ini turut menjejaskan pengalaman pelancong yang ingin­ menikmati percutian tanpa terbeban dengan kos yang tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini