SkyWorld raih emas di Anugerah Jenama Putra Aria dua tahun berturut - Utusan Malaysia

SkyWorld raih emas di Anugerah Jenama Putra Aria dua tahun berturut

LEE Chee Seng (lima dari kiri) bersama barisan pengurusan SkyWorld ketika memenangi Emas anugerah berprestij kategori Pembangunan Hartanah di Anugerah Jenama Putra Aria 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju bandar SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) memenangi Emas anugerah berprestij kategori Pembangunan Hartanah di Anugerah Jenama Putra Aria 2024 bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengiktirafan itu menyerlahkan kedudukan SkyWorld sebagai pemaju hartanah dipercayai yang diraikan atas kualiti produk, inovasi, dan penciptaan nilai.

Anugerah Jenama Putra Aria, yang dikenali sebagai “Pilihan Rakyat” merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, kemenangan dalam anugerah Pilihan Rakyat mencerminkan pertumbuhan pilihan pengguna terhadap syarikat itu.

“Kemenangan ini adalah bukti komitmen teguh kami terhadap janji jenama kami, ‘Kini Anda Boleh Miliki Rumah dan Kehidupan Berkualiti’.

“SkyWorld sentiasa komited untuk mencapai piawaian industri dalam aspek kualiti.

“Semua projek melalui penilaian ketat melalui Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menanda aras mutu kerja terhadap piawaian industri,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, SkyWorld telah mencapai skor QLASSIC tinggi untuk semua pembangunan yang telah siap, termasuk mencatat skor tertinggi QLASSIC untuk SkyAwani 5 dalam kategori perumahan mampu milik.

“Anugerah ini juga membuktikan dedikasi SkyWorld sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti kepada pemilik rumah kami.

“Ia menonjolkan kesan inisiatif SkyWorld Healthy Homes, yang mengutamakan kelestarian, kualiti tinggi, dan kesejahteraan peribadi dalam setiap pembangunan.

“Kami akan terus berusaha meningkatkan, berinovasi, dan menyampaikan rumah serta pengalaman hidup yang bukan sahaja memenuhi jangkaan tetapi melebihi daripadanya,” ujarnya.

Diasaskan dengan visi ‘Pemaju Bandar Terbaik Selalu’ dan didorong oleh matlamat untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’, SkyWorld sentiasa berusaha mencipta produk berkualiti dan inovatif untuk kehidupan yang lebih baik.

Hasil daripada komitmen teguh terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna, SkyWorld telah diberi kepercayaan melaksanakan projek perumahan mampu milik terbesar di negara di Pulau Pinang dalam beberapa bulan akan datang.

Penghormatan itu mengukuhkan keyakinan terhadap SkyWorld untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia melalui penyelesaian perumahan yang berkualiti tinggi dan inovatif. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×