Populasi China menurun tiga tahun berturut-turut

Populasi China menurun tiga tahun berturut-turut

BEBERAPA wanita membawa anak-anak beriadah di taman permainan di Fuyang, wilayah Anhui di timur China.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengumumkan jumlah penduduknya menurun untuk tahun ketiga berturut-turut pada 2024 ketika negara itu menghadapi populasi yang semakin tua dan kadar kelahiran rendah secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

China yang pernah menjadi negara paling ramai penduduk di dunia dipintas India pada 2023, dengan Beijing berusaha untuk meningkatkan penurunan kadar kelahiran melalui subsidi dan propaganda kesuburan.

Biro Perangkaan Kebangsaan Beijing berkata, menjelang akhir tahun lalu, populasi negara itu berjumlah 1.408 bilion, turun 1.39 juta daripada angka 1.41 bilion pada 2023.

Tetapi penurunan itu kurang mendadak berbanding tahun sebelumnya, apabila lebih dua kali ganda kejatuhan dilaporkan menerusi data perangkaan pada 2022.

China menamatkan dasar satu anak yang ketat sejak era 1980-an pada 2016 dan mula membenarkan pasangan mempunyai tiga anak pada 2021.

Tetapi usaha itu masih gagal mengatasi penurunan demografi bagi negara yang telah lama bergantung kepada tenaga kerjanya yang luas sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

Ramai berpendapat penurunan kadar kelahiran itu disebabkan oleh kos sara hidup yang melambung tinggi serta peningkatan bilangan wanita yang memasuki tenaga kerja dan mendapatkan pendidikan tinggi.

Menurut Unit Perisikan Ekonomi, penduduk berusia lebih 60 tahun dijangka membentuk hampir satu pertiga daripada penduduk China menjelang 2035.

Data turut menunjukkan kadar kelahiran China antara yang terendah di dunia, meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya kepada 6.77 bagi setiap 1,000 orang.

Umur persaraan berkanun yang ditetapkan pada 60 tahun akan turut dinaikkan secara beransur-ansur berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Sejak beberapa tahun lalu, ekonomi kedua terbesar di dunia itu terpaksa berdepan dengan pertumbuhan yang perlahan, manakala populasi menua dan bayi yang tidak sihat memberi tekanan kepada sistem pencen dan kesihatan awamnya.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN