Pasangan suami isteri ditahan palsukan kad pengenalan

Pasangan suami isteri ditahan palsukan kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMBER: Pasangan suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan kad pengenalan untuk memohon pinjaman bernilai 750 juta rupiah (RM205,000) di sebuah bank daerah Jember, Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Jember, Bayu Pratama Gubunagi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri, Rakhmad Habibi, 40, dan Indah Suryaningsih, 38, dari Jember, Jawa Timur kerana telah memalsukan kad pengenalan.

Jelasnya, masing-masing menggunakan nama palsu iaitu Ahmad Hidayat dan Suryani bagi memohon pinjaman tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemalsuan KTP ini dibuat menggunakan mesin cetak dengan niat untuk mengajukan permohonan pinjaman di Bank Jawa Timur Cawangan Balung bernilai 750 juta rupiah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Jember. 

Pasangan suami isteri tersebut kemudian berjaya mendapatkan pinjaman daripada bank tersebut. 

Namun, Rakhmad dilaporkan meninggal dunia di Banyuwangi pada November lalu, sehingga pihak bank menganggap mereka terlepas dari membayar pinjaman kepada bank sebelum diketahui laporan tersebut palsu. 

Pihak bank juga melaporkan perkara tersebut kepada polis apabila laporan kematian yang dibuat didapati mencurigakan.

“Ternyata, laporan itu adalah palsu dan identiti Rakhmad Habibi telah dipalsukan,” katanya.

Tambah Bayu, selain memalsukan KTP, pasangan itu juga disyaki memalsukan dua sijil yang digunakan sebagai cagaran dalam permohonan kredit kepada koperasi dan individu. 

“Kami juga menemukan cap setem dari beberapa organisasi dan agensi kerajaan, termasuk BPN dan Polis Republik Indonesia khusus untuk satuan lalu lintas,” katanya.

Selain itu, polis turut merampas buku tabungan, buku nikah dan kad ATM yang turut dipalsukan serta semua barang bukti telah disita oleh pihak berkuasa. 

Akibat perbuatan mereka, pasangan itu berdepan hukuman mengikut Seksyen 263, 264, 266 dan 268 Kanun Keseksaan serta Undang-undang Kependudukan dan Data Peribadi, dengan ancaman penjara selama enam tahun. -KOMPAS.COM 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini