Piket kakitangan Suhakam tangguh, sedia adakan rundingan

Piket kakitangan Suhakam tangguh, sedia adakan rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rancangan piket pekerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang dijadual berlangsung semalam dibatalkan selepas campur tangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, hasil rundingan dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Suhakam (KPPSHM), semua pekerja terlibat bersetuju tidak meneruskan piket yang dirancang.

Katanya, kaedah rundi­ngan dan perbincangan boleh dilakukan bagi menyelesaikan kemelut atau isu berbangkit melibatkan kebajikan pekerja-pekerja Suhakam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim prihatin terhadap kebajikan pekerja, justeru, piket bukanlah jalan terbaik ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Adnan berkata, pekerja-pekerja Suhakam dan KPPSHM juga sudah meminta bantuan dan berharap pihaknya dapat membantu menyelesaikan tuntutan dan permasalahan dihadapi.

“Perkara ini akan dibawa untuk rundingan bersama dengan Suhakam bagi menyelesaikan permasalahan secara menyeluruh dan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.

“Justeru, pihaknya memohon Pengerusi Suhakam dan Jabatan Perdana Menteri dapat memberi ruang terbuka supaya proses perundingan dapat dilakukan segera bagi mengelakkan isu ini daripada berterusan dan tidak mencapai titik persefahaman.

“Pada masa sama, pihak­nya menyeru semua warga kerja Suhakam dapat terus berkhidmat seperti biasa dan dengan penuh profesional sementara rundingan dapat dijalankan dengan baik dan harmoni,” katanya.

Presiden Kesatuan Sementara Suhakam, Elza Nadiah Shaik Sulaiman berkata, piket ini bertujuan membantah tiga isu iaitu pengumuman tiga timbalan setiausaha diberikan kenaikan gaji, tindakan timbalan setiausaha tersebut menggunakan sistem penilaian pres­tasi yang berbeza daripada pegawai Suhakam lain dan dakwaan penyertaan pekerja dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) disekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini