Skim Sejati Madani perkasa ekonomi  kampung

Skim Sejati Madani perkasa ekonomi  kampung

PESERTA yang terlibat menjayakan projek ternakan ikan di bawah Skim Sejati Madani memberi makan ikan ternakan di sangkar yang mereka usahakan di Sungai Pinang Mukim Selinsing di Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Projek ternakan ikan sangkar yang dijalankan komuniti setempat di sini menerusi peruntukan di bawah Skim Sejati Madani membuka peluang kepada penduduk kampung untuk meningkatkan pendapatan dan memperkasa ekonomi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Pinang, Mohd Akhir Ismail, 46, berkata, projek ternakan ikan dimulakan di atas minat dan pengalamannya dalam bidang penternakan ikan sangkar.

Menurutnya, projek itu melibatkan empat kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Jalan Gula, Kampung Parit 2, dan Kampung Sama Gagah. 

Katanya, dengan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi setiap kampung di bawah Skim Sejati Madani, mereka memulakan ternakan ikan sangkar.

“Projek ini bertujuan meningkatkan ekonomi, membantu keperluan penduduk kampung dari segi pembiayaan pendidikan anak-anak, soko­ngan kepada ibu tunggal, serta keperluan komuniti lainnya. 

“Keseluruhan kos yang dikeluarkan untuk menyiapkan sangkar ikan ini adalah sekitar RM200,000, termasuk pembelian benih ikan dan makanan ikan.

“Dalam projek berkelompok ini, ternakan melibatkan talapia merah dan siakap. Ternakan ini dimulakan pada 26 September lalu dengan ikan talapia merah 16 sangkar manakala sembilan sangkar lagi untuk siakap.

“Lebih 2,000 benih ikan dimasukkan dalam sangkar pada peringkat awal dan ditambah 2,000 benih secara berperingkat setiap dua minggu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×