Dua maut, kebakaran kem pelarian Rohingya di Bangladesh

Dua maut, kebakaran kem pelarian Rohingya di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Kebakaran besar melanda kem pelarian Rohingya di Bangladesh semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa dan memusnahkan lebih 1,000 tempat perlindungan serta struktur lain.

Kebakaran selama dua jam berlaku di Kem Rohingya Kutupalong di Ukhiya, daerah Cox’s Bazar di tenggara negara itu.

Aktivis hak asasi Rohingya, Ro Nay San Lwin berkata, sekurang-kurangnya dua pelarian termasuk seorang kanak-kanak terkorban dalam insiden itu.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian di Bangladesh memaklumkan, pasukan bomba disokong pertahanan awam dan sukarelawan tempatan, berjaya mengawal kebakaran selepas dua jam.

“Api berjaya dikawal hasil usaha komuniti pelarian, anggota bomba sukarelawan Rohingya dan perkhidmatan bomba tempatan,” kata pejabat itu di X.

Lwin berkata, bantuan kemanusiaan segera amat diperlukan ketika ini.

Mayat mangsa yang terkorban ditemukan, tetapi identiti mereka masih belum diketahui.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Menurut penduduk tempatan, kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas atau silinder gas yang digunakan untuk memasak.

Bangladesh kini menempatkan lebih 1.2 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, kebanyakan mereka melarikan diri daripada keganasan di Myanmar pada Ogos 2017.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×