Peguam Negara jadi Ahli Parlimen boleh cetus konflik peribadi

Peguam Negara jadi Ahli Parlimen boleh cetus konflik peribadi

ISMAIL SUALMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan menjadikan Peguam Negara sebagai Ahli Parlimen boleh mencetuskan konflik kepentingan peribadi termasuk dalam menentukan sejauh mana had bidang kuasa seorang Peguam Negara.

Penganalisis politik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, cadangan itu adalah asas yang baik untuk memastikan akauntabiliti Peguam Negara.

“Langkah penting nak pastikan keberkesanan sistem tersebut ialah reformasi institusi yang jelas termasuk pemisahan peranan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang dan pendakwa raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanpa reformasi ini, risiko kepada integriti sistem perundangan mungkin lebih besar daripada manfaat yang diperoleh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan kerajaan digesa memberi kepercayaan supaya Peguam Negara dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi memastikan kebertanggungjawaban pejabat pendakwa raya.

SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN

Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, Malaysia mengamalkan pemisahan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan legislatif.

Justeru, ketaatsetiaan Peguam Negara sama ada kepada Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri boleh dipersoalkan.

“Adakah perlu Peguam Negara menyertai pilihan raya atau menjadi ahli parti politik jika dilantik sebagai Ahli Parlimen kerana di Australia, Peguam Negara dilantik sebagai menteri.

“Negara perlu memilih model yang sesuai untuk penuhi konteks ini dan pastikan rakyat faham im­ plikasinya juga,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini