Gadis 13 tahun 'tergantung' di roda Ferris

Gadis 13 tahun ‘tergantung’ di roda Ferris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REKEHTI: Rakaman mengejutkan memaparkan detik cemas seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tergantung di luar pod roda Ferris ketika menaiki permainan itu di sebuah pesta ria di Negeri Pradesh, India.

Gadis tersebut dilihat tergantung pada struktur logam dalam keadaan cemas sambil diperhatikan oleh pengunjung yang panik.

Operasi permainan itu segera dihentikan sebaik insiden berlaku, namun pengendali terpaksa menggerakkan roda Ferris secara perlahan untuk menyelamatkannya.

Menurut laporan, pod permainan tersebut tidak dilengkapi pintu atau tingkap keselamatan, menyebabkan gadis itu terjatuh ketika roda Ferris wheel berada hampir di puncak dan pod itu hanya mempunyai bangku sempit tanpa ciri keselamatan lain.

Dalam usaha menyelamatkan mangsa, permainan itu terpaksa digerakkan lebih tinggi kerana ia hanya boleh berputar dalam satu arah.

Orang ramai di bawah memberi arahan kepada gadis itu, yang akhirnya menyesuaikan kedudukannya dengan meletakkan tangan dan kakinya pada struktur logam permainan.

Bagaimanapun, dia dilihat tergantung secara terbalik pada satu ketika, sebelum berjaya diselamatkan oleh pengendali sebaik permainan itu bergerak ke bawah.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan gadis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, namun pengendali permainan kini disiasat kerana tidak memiliki dokumen kebenaran yang sah untuk beroperasi.

Menurut The Sun, insiden itu mungkin berpunca daripada hentakan kuat yang menggoncang roda Ferris ketika ia hampir ke puncak, tetapi kenyataan itu masih belum disahkan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat insiden ini dan menilai langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pengendali permainan di kawasan pesta ria tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×