Guru terbeban, kekosongan tidak diisi - Utusan Malaysia

Guru terbeban, kekosongan tidak diisi

SEORANG guru bertanyakan sesuatu kepada seorang murid yang sedang menyiapkan kerja sekolah. SOP akibat Covid-19 makin membebankan tugas guru ditambah pula dengan isu huru yang sudah bersara tidak diganti. - FOTO HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prosedur ope­rasi standard (SOP) akibat pandemik Covid-19 yang perlu diamalkan di sekolah-sekolah dilihat menambah beban tugas guru dari segi waktu mengajar dan tanggung jawab harian.

Hal tersebut menjadi lebih su­kar apabila ada dakwaan menga­takan kekosongan guru yang bersara tidak diisi, menyebabkan beban tugas mereka meningkat berkali ganda.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, walaupun Waran Perjawatan sudahpun dikeluarkan, kekoso-ngan yang ada masih tidak diisi.

Sedangkan maklumat yang diperoleh Utusan Malaysia terdapat 600 calon guru iaitu terdiri daripada mereka yang belajar di dalam bidang pendidikan belum diserap.

Bahkan wakil kumpulan calon guru berkenaan tampil menyua­rakan kebimbangan masa hadapan mereka yang tidak menentu.

Wakil mereka, Muhammad ‘Izzat Aqwa Shafie berkata, mereka menunggu sejak Disember lalu dan lebih malang lagi bagi 10 orang calon simpanan opsyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk Program Genius Negara (Genius) kerana tempoh sah laku mereka akan tamat pada 4 September ini.

Secara keseluruhannya ter­dapat kira-kira 423,000 guru di seluruh negara yang bertanggungjawab mendidik 4.75 pelajar.

Muhammad ‘Izzat graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Moral Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan, calon simpanan hanya ada setahun untuk dilantik sebagai guru.

Sehubungan itu NUTP memohon Suruhanjaya Per­khid­matan Pendidikan (SPP), Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengisi jawatan kosong dengan segera supaya pelajar-pelajar dapat menerima pendidikan sempurna.

Beban tugas guru kini semakin bertambah kerana pelaksanaan SOP akibat Covid-19 di sekolah.

Ada hari guru hanya mempunyai 30 minit untuk rehat kerana melaksanakan tugasan tambahan akibat SOP.

Ini menyebabkan guru-guru kepenatan dan sekali gus menjejaskan kualiti pengajaran.

Untuk rekod, waktu me­ngajar bagi guru akademik biasa mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007 adalah 22 hingga 30 waktu seminggu, namun berdasarkan temu bual Utusan

Malaysia bersama beberapa orang guru, waktu tersebut bertambah sehingga 30 hingga 41 waktu seminggu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×