Eain Yow, Sivasangari ke separuh akhir Terbuka Singapura

Eain Yow, Sivasangari ke separuh akhir Terbuka Singapura

NG Eain Yow meraikan kemenangan menewaskan Victor Crouin pada suku akhir Skuasy Terbuka Singapura di Pusat Sukan OCBC Singapura, hari ini. - Ihsan Squashsite.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mempunyai dua wakil melangkah ke separuh akhir selepas Ng Eain Yow dan S. Sivasangari menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat lapan terbaik pada Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura di Pusat Sukan OCBC Singapura, semalam.

Eain Yow, pemain No. 14 dunia dipaksa mengerah keringatnya selama hampir dua jam sebelum dia beroleh kemenangan ke atas Victor Crouin dari Perancis 9-11, 12-10, 11-1, 6-11, 20-18.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu melebarkan rekod kemenangan kepada 3-0 ke atas Crouin yang berada di ranking No. 12 dunia.

Eain Yow berkata, dia sama sekali tidak merancang untuk berada begitu lama di dalam gelanggang dan Crouin merupakan seorang pemain yang sangat bagus.

“Saya lakukan apa yang saya mahu buat di dalam gelanggang, pencabar saya Victor mempamerkan banyak peningkatan di dalam permainannya dan dia berjaya membuat saya rasa tidak selesa.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku sewaktu set kelima, saya cuma berusaha menyelamatkan mata demi mata dan hanya fokus kepada permainan saya. Saya gembira berjaya mara ke separuh akhir,” katanya ketika ditemu bual selepas perlawanan berakhir.

Sementara itu, dalam saingan wanita, pemain No. 9 dunia, Sivasangari mengetepikan cabaran pemain berbakat besar dari Mesir, Fayrouz Aboelkheir 9-11, 11-3, 7-11, 11-8, 11-2 dalam masa 46 minit.

“Sukar sebenarnya berdepan dengan pemain seperti dia, mujur saya dapat bantuan Andrew (Cross), saya berjaya bangkit dalam set keempat dan menutup aksi dengan kemenangan pada set kelima,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×