Kanada dakwa menteri India dalang pembunuhan pemisah Sikh

Kanada dakwa menteri India dalang pembunuhan pemisah Sikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Kerajaan Kanada mendakwa Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Narendra Modi, bertanggungjawab dalam komplot untuk mensasarkan pemisah Sikh di Kanada.

Kerajaan India bagaimanapun menolak tuduhan Kanada itu sebagai tidak berasas dan menafikan sebarang penglibatan dalam insiden tersebut.

Menurut laporan akhbar Washington Post, pegawai Kanada mendakwa Shah berada di sebalik kempen keganasan dan intimidasi terhadap pemisah Sikh di Kanada.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Menteri Luar Kanada, David Morrison memberitahu panel Parlimen yang beliau telah memberitahu akhbar yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu mengenai penglibatan Shah dalam komplot tersebut.

“Wartawan itu menghubungi saya dan bertanya sama ada individu itu adalah Shah. Saya mengesahkannya,” kata Morrison kepada jawatankuasa tersebut tanpa memberikan butiran lanjut atau bukti.

Setakat ini, Suruhanjaya Tinggi India di Ottawa dan Kementerian Luar India belum mengeluarkan sebarang komen.

India menganggap pemisah Sikh sebagai pengganas dan ancaman terhadap keselamatannya manakala pemisah Sikh menuntut tanah air merdeka yang dikenali sebagai Khalistan yang dicadangkan untuk diwujudkan di dalam wilayah India.

Pada pertengahan Oktober lalu, Kanada mengusir diplomat India yang dikaitkan dengan pembunuhan pemimpin pemisah Sikh, Hardeep Singh Nijjar di tanah Kanada pada tahun 2023 dan disusuli dengan tindakan sama oleh India mengusir diplomat Kanada.

Sebelum ini di AS, bekas pegawai perisikan India, Vikash Yadav didakwa merancang plot untuk membunuh pemimpin pemisah Sikh, Gurpatwant Singh Pannun, yang merupakan warganegara AS-Kanada dan pengkritik kerajaan India di New York.

Kes ini telah mencetuskan ujian terhadap hubungan diplomatik antara Washington dan Ottawa dengan India, yang sering dilihat oleh negara Barat sebagai penyeimbang kepada pengaruh China. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini