Afrika Selatan serah bukti genosid Israel di Gaza ke ICJ

Afrika Selatan serah bukti genosid Israel di Gaza ke ICJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Afrika Selatan memfailkan bukti dakwaan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di Gaza kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menurut kenyataan dari pejabat Presiden, Cyril Ramaphosa. 

Dokumen tersebut mengandungi bukti menunjukkan bagaimana rejim tersebut telah melanggar Konvensyen Pembasmian Etnik dengan menyokong pemusnahan penduduk Palestin di Gaza, di tengah-tengah dakwaan yang dinafikan oleh Israel.

Seorang Pegawai ICJ yang berpangkalan di The Hague mengesahkan telah menerima dokumen berkenaan, namun enggan memberikan maklumat lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukti itu menunjukkan tindakan genosid Israel didasari dengan niat khusus untuk melaksanakan genosid, termasuk kegagalan Israel mencegah hasutan untuk membunuh beramai-ramai, mencegah genosid serta kegagalan menghukum mereka yang menghasut dan melaksanakan tindakan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dokumen tersebut, yang disebut sebagai memorial atau kertas bukti kes Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ, mengandungi lebih 750 muka surat yang disokong oleh lebih 4,000 muka surat lampiran dan pameran tambahan.

Pada Disember lalu, Afrika Selatan memfailkan kes di ICJ, dengan mendakwa perang di Gaza melanggar Konvensyen Genosid 1948 PBB, suatu tuduhan yang dinafikan keras oleh Israel.

Beberapa negara lain turut menyokong kes Afrika Selatan terhadap Israel, termasuk Sepanyol, Bolivia, Colombia, Mexico, Turkiye, Chile, dan Libya.

Walaupun keputusan ICJ mempunyai kesan undang-undang yang mengikat, mahkamah tersebut tidak mempunyai kuasa konkrit untuk menguatkuasakannya.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 43,020 kematian rakyat Palestin, majoritinya orang awam, menurut statistik daripada Kementerian Kesihatan Gaza.

Serangan balas itu dilancarkan susulan serangan Hamas pada 7 Oktober, tahun lalu, yang menyebabkan kematian 1,206 orang di Israel. 

Kebanyakan mangsa adalah orang awam, menurut angka AFP berdasarkan data rasmi Israel, termasuk tebusan yang terbunuh dalam tahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini