Tentera Russia hampir tawan timur Ukraine - Utusan Malaysia

Tentera Russia hampir tawan timur Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW:  Tentera Russia dikatakan sudah bergerak lebih jauh ke timur Ukraine dan menawan sebuah perkampungan barisan hadapan hanya beberapa kilometer di utara hab perindustrian utama yang dikuasai oleh Ukraine. 

Moscow mencapai kemajuan di medan perang sejak berbulan-bulan lalu, yang memanfaatkan kelebihan mereka terhadap pasukan Ukraine yang kehabisan tenaga. 

Kementerian Pertahanan Russia dalam satu taklimat harian memaklumkan unit tentera Russia ‘membebaskan penempatan Izmailovka yang mempunyai populasi hampir 200 orang sebelum konflik. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Lokasi itu terletak lapan kilometer (km) di utara pusat industri penting Kurakhove dan hanya beberapa kilometer di utara Kurakhivka, sebuah bandar kecil di kawasan barisan hadapan yang cuba dikelilingi oleh Moscow. 

Pengumuman itu diikuti dengan Russia mendakwa berjaya menembak jatuh 109 dron Ukraine dalam sehari di beberapa wilayahnya, termasuk berdekatan sempadan. 

Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran Moscow akan ‘bertindak balas’ jika Barat membenarkan Ukraine menggunakan senjata jarak jauh terhadap wilayahnya. 

“Masih terlalu awal untuk berkata, tetapi sudah tentu jabatan ketenteraan kami sedang memikirkannya dan akan menawarkan pelbagai respons,” kata Putin kepada pihak wartawan. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky meminta sekutu Baratnya sejak berbulan-bulan lalu, untuk mendapatkan kebenaran menggunakan peluru berpandu jarak jauh terhadap sasaran di dalam wilayah Russia. 

Langkah itu dikatakan akan ‘memotivasi’ Moscow untuk mencari perdamaian. 

Amerika Syarikat dan Britain menunjukkan keputusan itu adalah hampir, tetapi kemudian menangguhkan langkah tersebut, selepas Putin memberi amaran mereka berisiko meletakkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ‘dalam perang’ dengan Moscow. 

Putin berkata, beliau berharap Barat mengambil kira amaran itu. 

“Mereka tidak memberitahu apa-apa mengenainya, tetapi saya harap mereka mendengarnya,” katanya. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini