Inflasi 2025 dijangka naik hingga 3.5 peratus

Inflasi 2025 dijangka naik hingga 3.5 peratus, kesan cadangan pelarasan subsidi RON95

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak naik unjuran inflasi 2025 kepada antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus berbanding 2.5 peratus hingga 3.0 peratus selepas pengumuman rasionalisasi subsidi petrol RON95 akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menerusi Belanjawan 2025, firma penyelidikan itu berkata, terdapat beberapa pengumuman lain yang turut menyumbang kepada unjuran peningkatan itu.

“Ini termasuk peningkatan kos buruh, kenaikan gaji minimum, levi pelbagai peringkat pekerja asing dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanapun, dengan kadar inflasi sederhana setakat ini, kami menurunkan ramalan inflasi tahun penuh 2024 kepada 1.9 peratus daripada 2.0 peratus (2023: +2.5 peratus),” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Terdahulu, perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.6 peratus) dan Filipina (1.9 peratus), manakala kadar tersebut lebih tinggi berbanding Korea Selatan (1.6 peratus), Thailand (0.6 peratus) dan China (0.4 peratus).

Peningkatan inflasi pada September 2024 telah didorong oleh peningkatan perlahan bagi kumpulan utama penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan sebanyak 3.1 peratus.

Firma penyelidikan itu berkata, kesan inflasi daripada perluasan asas cukai perkhidmatan daripada 6.0 peratus kepada hingga 8.0 peratus berkuatkuasa 1 Mac 2024 kekal rendah mengikut inflasi perkhidmatan sebagai kadar cukai bagi makanan dan minuman (F&B) serta telekomunikasi.

“Pengecualian untuk perkhidmatan logistik terpilih seperti penghantar kargo, pengangkutan, gudang, terminal pelabuhan dan konvensional operator trak serta perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan harta kediaman.

“Harga diesel bersubsidi pula kekal untuk Malaysia Timur dan kenderaan logistik serta industri perikanan yang layak.

“Bagaimanapun, harga diesel tanpa subsidi telah menunjukkan aliran rendah sejak minggu bermula 8 Ogos 2024 berikutan aliran menurun dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

“Wajaran diesel yang rendah dalam indeks harga pengguna (CPI) dan perkhidmatan sebanyak 0.2 peratus berbanding 5.5 peratus untuk petrol, bermakna kesan langsung rasionalisasi subsidi diesel yang disasarkan terhadap inflasi adalah kecil,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×