Pintu gerbang mercu tanda pertama Felda Bukit Sagu 2, 3

Pintu gerbang mercu tanda pertama Felda Bukit Sagu 2, 3

MAJLIS pelancaran pintu gerbang baharu yang merupakan mercu tanda pertama Felda Bukit Sagu 2 dan 3 di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pintu gerbang baha­ru Felda Bukit Sagu 2 dan 3 di sini yang siap dibina sepenuh­nya sekitar dua bulan lalu menjadi mercu tanda tanah ranca­ngan itu sejak penubuhannya sekitar 40 tahun lalu.

Pengurus Felda terbabit, Wan Mohd. Khairi Wan Abdul Razak berkata, pembinaan pintu gerbang besar dan moden itu adalah peruntukan Ibu Pejabat Lem­baga Kemajuan Tanah Per­sekutuan (Felda) sempena Hari Peneroka tahun lalu.

“Bajet sebanyak RM66,000 bagi satu komuniti itu kami manfaatkan membina pintu gerbang utama, mercu utama bagi Felda Bukit Sagu 2 dan 3.

“Pembinaan pintu gerbang ini dimulakan pada Februari lalu dan siap kira-kira dua bulan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Wan Mohd. Khairi berkata, pembinaan pintu gerbang itu begitu signifikan buat pendu­duk di dua tanah rancangan itu sebagai salah satu usaha mempromosikan eko-pelancongan di situ.

“Ia juga merupakan mercu tanda pertama tanah rancangan ini dan kita ke arah untuk memperkenalkan produk pelanco­ngan yang terdapat di Felda Bukit Sagu 2 dan 3 ini.

“Pintu gerbang ini juga bagi menampakkan identiti tanah rancangan ini supaya bila orang luar masuk sini mereka sudah tahu dan kenal Felda Bukit Sagu 2 dan 3,” ujarnya.

Katanya, antara produk pe­lan­congan yang terdapat di situ ialah Tasik Taman Selesa yang mana ia menyediakan aktiviti sukan rekreasi air dan juga fasiliti lain.

“Kita ada pelbagai produk pelancongan di sini di mana kita juga turut mengetengahkan dua makanan tradisional Melayu Pahang iaitu daging opor dan puding diraja yang telah pun menerima anugerah khas bagi kategori pencuci mulut tradisional.

“Saya harap dengan adanya pintu gerbang ini boleh membuka mata pelbagai pihak untuk datang ke tanah rancangan kami. Persepsi orang luar biasanya Felda dikaitkan dengan sawit sahaja, tapi sebenarnya kami ada pelbagai perkara yang menarik ada di sini,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×