JENAYAH seksual membabitkan cilik berusia bawah 18 tahun seperti rogol, cabul, pornografi kanak-kanak dan antun seksual dilihat semakin membarah dalam kalangan masyarakat.
Peguamcara dan Peguambela Tetuan Aina Halim & Co, Nurul Aina Ardilla Abdul Halim mendedahkan secara purata, terdapat tiga kes baharu di mahkamah setiap hari membabitkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Ujarnya, kebanyakan kes dikendalikan membabitkan Seksyen 14(a) Akta Kesalahankesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 iaitu kesalahan membabitkan seseorang itu menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak.
“Selalunya meraba atau menyentuh tubuh badan kanak-kanak. Tubuh badan yang sering disentuh ialah bibir, payudara, pipi dan punggung,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jenayah seksual ialah perbuatan menyentuh atau berkomunikasi secara seksual terhadap kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.
Perbuatan yang mempunyai unsur seksual juga boleh diklasifikasikan sebagai melakukan jenayah seksual.
Berdasarkan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017, kesalahan ini ialah apabila terdapat sentuhan fizikal terhadap kanak-kanak tersebut ataupun apa-apa perbuatan yang melibatkan fizikal kanak-kanak.
Manakala, berdasarkan Seksyen 15 Akta KesalahanKesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini ialah apabila terdapat perbuatan yang membabitkan aktiviti seksual melibatkan kanak-kanak.
Untuk rekod, sebanyak 23,366 jenayah seksual dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam empat tahun ini hingga 22 September lalu.
Daripada jumlah itu, kes rogol mencatatkan angka tertinggi sebanyak 6,890 kes, amang seksual zikal (5,712 kes), cabul kehormatan (4,333
kes) dan gangguan seksual (2,444 kes).
Selain itu, sebanyak 1,220 kes melibatkan sumbang mahram, seks luar tabii (1,041 kes), rogol berkumpulan (423 kes) dan amang seksual bukan fizikal (347 kes).

Nurul Aina berkata, acapkali terjadi juga membabitkan Seksyen 14(b) Akta Kesalahankesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang mana kesalahan ini apabila kebanyakannya dikendalikan ialah pelaku menyuruh kanakkanak menyentuh badan si pelaku terutamanya di bahagian kemaluan si pelaku.
“Ada pelaku yang suka mencium bibir kanak-kanak. Mereka lakukan itu kononnya atas dasar sayang kepada kanak-kanak kepada itu sebagai ahli keluarga.
“Ada juga kes saya kendalikan membabitkan pelaku yang gemar beronani depan kanak-kanak untuk kepuasan seksual. Walaupun tidak menyentuh kanak-kanak itu ia dikira jenayah seksual di bawah Seksyen 15(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,,” katanya.
MANGSA KENALI PELAKU
Kajian mendedahkan gangguan seksual terhadap kanak-kanak banyak dilakukan ahli keluarga dan saudara terdekat seperti bapa, bapa
saudara dan orang-orang terdekat.
“Dalam kes saya kendali, ada kanak-kanak seawal usia lapan tahun terpaksa melalui episod hitam dalam hidupnya apabila berhadapan dengan kelakuan tidak bermoral bapa saudara sendiri.
“Bapa saudara mangsa bertindak mengucup bibir anak saudaranya alasan sebab sayang. Mujurlah kanak-kanak itu mengadu kepada ibu bapanya mengenai perkara itu.
“Namun yang dikesalkan apabila kes-kes melibatkan ahli keluarga, ada ahli keluarga yang lain minta untuk tarik laporan sebab hendak jaga maruah keluarga dan hubungan baik, walaupun ia ibarat haruan makan anak,” ujarnya.
Bagi proses aduan, kata Nurul Aina mangsa atau wakil mangsa (mana-mana wakil yang tahu berkenaan kes) boleh mulakan dengan membuat aduan di balai polis.
Mangsa perlu ceritakan masa, waktu dan tempat kejadian serta perbuatan yg dilakukan kepada mangsa secara spesifik
Kemudian, mangsa atau wakil boleh berhubung dengan pegawai penyiasat untuk mengikuti perkembangan kes.
“Kalau di Mahkamah, untuk kesalahan jenayah mangsa tidak perlu buka kes.
“Bermula dari laporan polis, kemudian pegawai penyiasat akan serahkan kertas siasatan (IP) kepada pihak pendakwaan.
“Pegawai penyiasat yang akan cadangkan sama ada pelaku perlu dituduh atau tidak perlu di Mahkamah kepada pihak pendakwaan,” jelasnya.
TAMBAH BAIK UNDANG-UNDANG
Melihatkan kepada permasalahan yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat ini, kata Nurul Aina mencadangkan peruntukan
hukuman perlu ditambah baik sebagai langkah pencegahan.
“Antaranya mungkin dengan nyatakan secara spesifik hukuman penjara minimum dan sebatan minima memandangkan peruntukan akta sekarang kebanyakannya tidak menyebut berkenaan hukuman minima,” katanya.
PEKA PERUBAHAN ANAK
Ibu bapa tidak seharusnya memandang mudah aduan anak-anak sebaliknya peka dan memandang serius setiap aduan disampaikan.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dr. Farah Nini Dusuki berkata, ini bagi mengelakkan perbuatan jelik itu dinormalisasikan apatah lagi pelaku seringkali berselindung di sebalik ikatan kekeluargaan.
“Ibu bapa perlu sensitif terhadap sebarang aduan cuba anak-anak sampaikan. Contohnya kalau kalau berkongsi insiden-insiden yang tidak wajar seperti membabitkan sentuhan.
“Perbuatan jelik seperti ini tidak harus dinormalisasikan dan ini boleh berlaku sekiranya kanak-kanak tidak dipercayai atau kata-kata mereka tentang hal-hal seumpama ini tidak diambil secara serius,” katanya.
Beliau turut menyarankan orang ramai untuk turut sama peka dengan kandungan-kandungan di media sosial yang mengeksploitasi kanak-kanak dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) untuk menurunkan kandungan tersebut.
ANTUN SEKSUAL KIAN MEMBARAH
Selain gangguan seksual, antunan seksual (sexual grooming) juga menjadi ancaman utama kepada kanak-kanak ketika ini.
Felo Psikiatri kanak-kanak dan remaja Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria berkata, antunan seksual bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati atau berbaik dengan kanak-kanak untuk membina hubungan emosi bersama mereka.
Katanya, ia bertujuan mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.
“Jenayah seksual juga mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa.
“Ini bermakna, pelaku menggunakan pelbagai helah dan umpan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk menyukai mereka supaya
dapat melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak tersebut dengan mudah,” katanya.

Perilaku berkenaan sudah tentu memberi kesan kepada kanak-kanak dalam pelbagai bentuk bergantung kepada ke
seriusan pendedahan, jenis trauma yang dilalui dan sokongan yang diterima selepas pendedahan kepada antunan seksual.
“Antun seksual memberi kesan jangka pendek dan panjang.
“Dalam jangka pendek ia mungkin memberikan tekanan emosi kepada si cilik di mana kanak-kanak mungkin mengalami gejala
kebimbangan, kemurungan dan kesukaran tidur.
“Mangsa mungkin berubah tingkah laku di mana mereka mungkin menjadi pendiam, mudah marah atau mempamerkan tingkah laku berisiko seperti penyalahgunaan bahan atau tingkah laku seksual yang tidak sesuai,” katanya.
Rozanizam yang juga pakar psikiatri berkata, lebih membimbangkan, antunan seksual turut berisiko membawa kesan jangka panjang yang bukan sahaja melibatkan kesihatan emosi, namun turut mengancam kesihatan fizikal.
“Sekiranya berlaku gangguan seksual yang serius seperti dirogol atau dicabul, terdapat risiko jangkitan penyakit kelamin atau kehamilan yang tidak diingini, terutamanya jika berlakunya penderaan seksual.
“Ia mengganggu kehidupan sosial kanak-kanak pada masa akan datang kerana akan timbul isu kepercayaan yang membuatkan mereka sukar untuk membentuk hubungan yang sihat pada masa hadapan,” katanya.









