AS haramkan perisian China, Russia dalam kenderaan

AS haramkan perisian China, Russia dalam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu mengharamkan penggunaan peranti dan teknologi perisian buatan milik China dan Russia dalam kenderaan di negara ini atas alasan risiko keselamatan.

Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo semalam berkata, rancangan itu adalah langkah untuk melindungi AS dan rakyatnya daripada menjadi sasaran serangan Beijing dan Moscow.

“Kereta hari ini mempunyai kamera, mikrofon, Sistem Pengesanan Global (GPS) dan teknologi lain yang disambungkan ke Internet.

“Teknologi ini memudahkan musuh mengakses sasaran sekali gus boleh menjadi risiko serius kepada keselamatan negara dan privasi warganegara AS,” katanya dalam satu kenyataan seperti laporan BBC.

Raimondo menambah, dengan perkembangan teknologi serta penghasilan kenderaan tanpa pemandu di seluruh dunia, musuh boleh memanipulasi kenderaan secara jarak jauh di jalan raya Amerika.

Ketika ini, penggunaan perisian buatan China atau Russia dalam kenderaan AS adalah sangat sedikit.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mendakwa, Washington sengaja ‘menyerang’ syarikat-syarikat China secara tidak adil menggunakan alasan untuk memperkukuhkan keselamatan negara.

“Beijing menentang tindakan diskriminasi terhadap syarikat dan produk China,” katanya yang menyeru Washington menghormati prinsip pasaran dan menyediakan persekitaran perniagaan yang terbuka, adil dan telus.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×