Wanita disamun dalam perjalanan ke kuil Batu Caves - Utusan Malaysia

Wanita disamun dalam perjalanan ke kuil Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang wanita warga Sri Lanka ditahan selepas disyaki menyamun rantai emas seorang wanita di tepi jalan berhampiran kuil di Batu Caves, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun itu dalam perjalanan ke kuil bersama dua orang cucunya dan setibanya di lokasi kejadian seorang wanita warga asing telah menolak badan mangsa dan cuba menarik rantai leher emas miliknya.

Bagaimanapun, suspek telah ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Saya mewakili warga kerja MMTV, ingin mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam buat semua penganut agama hindu.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya