Remaja berusia 13 tahun pandu kereta milik ibu ditahan - Utusan Malaysia

Remaja berusia 13 tahun pandu kereta milik ibu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memandu kereta dipercayai milik ibunya, mengundang padah apabila dia ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, berkata, remaja tersebut dikesan memandu kereta jenis Proton Saga secara melawan arus semasa sepasukan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman membuat rondaan di bawah Jambatan Geliga, berhampiran Kemaman Waterfront, kira-kira pukul 5.15 petang.

Katanya, anggota polis telah mengarahkan supaya kenderaan itu diberhentikan sebanyak tiga kali, namun tidak dipedulikan remaja tersebut.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya