Meerqeen dan Elrah Exclusive Setapak hiasi bangunan di ibu kota - Utusan Malaysia

Meerqeen dan Elrah Exclusive Setapak hiasi bangunan di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Meerqeen dan Elrah Exclusive Setapak hiasi bangunan di ibu kota

Jenama baju melayu popular, Elrah Exclusive menunaikan janji kepada pelanggannya apabila menyediakan 1.7 juta pasang baju untuk sambutan hari raya tahun ini.

Walaupun diuji dengan kebakaran gudang beberapa bulan lalu, ternyata kemampuan Elrah Exclusive untuk kekal menjadi jenama pilihan selama sembilan tahun jelas memberi gambaran kelebihan kepada jenama ini.

Sementara itu, Elrah Exclusive turut muncul dengan kejutan baharu apabila iklan jenama ini menghiasi menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX sejak 15 Mac lalu.

Berkongsi perasaan, Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman mengakui tahun ini agak luar biasa buat jenama kebangganya ini.

Melalui pelbagai cabaran jelasnya dia sangat bersyukur dengan apa yang telah dicapai Elrah Exclusive.

“Saya sangat bersyukur, melihat apa yang dilalui jenama ini sejak sembilan tahun lalu, ini adalah momen yang ingin saya hargai.

“Pastinya ucapan terima kasih saya juga kepada pelanggan Elrah Exclusive yang terus menyokong kami sehingga ke saat ini,”katanya.

Menyentuh pemilihan seramai lapan duta untuk tahun ini bagi mewakili Elrah Exclusive, jelas El Azman semuanya dibuat melalui perbincangan bersama rakan perniagaan yang lain.

“Tahun ini kami memilih Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot dan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.

“Pemilihan ini juga dibuat melalui undian pengedar dan pemilik butik Elrah Exclusive di seluruh negara, dan pemilihan Meerqeen sendiri adalah hasil undian butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka.

“Malah Idea untuk meletakkan wajah-wajah mereka di bangunan juga sebenarnya merupakan idea pemilik butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim. Jadi selepas setahun perbincangan barulah kami dapat merealisasikan impian ini,”katanya.

Sementara itu, Syed Ahmad Syed Salim atau lebih dikenali sebagai Sass pula mengakui selepas kejadian kebakaran di gudang miliknya tempoh hari banyak mengajarnya untuk lebih berwaspada.

“Bukan soal kerugian tetapi bila berada di tahap ini apa yang ingin saya fokus adalah bagaimana mahu bangkit selepas melalui cabaran. Jangan pernah putus asa dan hasilnya jenama ini kekal menjadi antara jenama pilihan ramai.

“Tentunya peluang yang diberikan pengasas jenama ini juga membantu anak muda seperti saya untuk lebih berjaya di masa hadapan,”jelasnya.

Enggan mendedahkan kos menghasilkan iklan mega tersebut, jelas Sass apa yang penting kemunculan Elrah Exclusive di dinding bangunan tersebut memberi gambaran kemampuan jenama ini untuk bersaing dengan jenama fesyen antarabangsa lain.

“Kami juga sudah berada di luar negara, cawangan di Thailand, Brunei dan Indonesia. Secara keseluruhan juga kita mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara. Jadi peluang untuk menghasilkan iklan mega seperti ini memberi gambaran kami sudah lebih bersedia untuk pergi lebih jauh dalam perniagaan ini.

“Untuk kos pengiklanan ia tidak boleh diukur dengan wang ringgit tetapi cumanya ini adalah hasil kerja keras kami bersama,”ujarnya.

Sementara itu memilih Meerqeen sebagai antara duta untuk tahun ini, jelas Sass personaliti pelakon kacak itu menjadi kriteria utama pemilihannya.

“Iklan ini akan berada selama sebulan dibangunan tersebut bermula semalam. Bermakna sebulan juga peminat Meerqeen boleh melihatnya di sini.

“Bagi saya personaliti Meerqeen dan disiplin menjadi sebab utama dia dipilih untuk mewakili jenama ini. Sebenarnya saya juga bersyukur untuk dia menerimanya,”katanya.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya