Flat lay untuk fotografi makanan - Utusan Malaysia

Flat lay untuk fotografi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Tetapan pada kamera; Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/200, bukaan f/11.0, ISO 100. Aksesori tambahan lampu dan tripod.

TIDAK ramai peminat fotografi meminati genre fotografi makanan, tetapi tidak dinafikan ia merupakan industri penting yang mempunyai pasaran yang agak besar. Beberapa tips penting untuk menghasilkan gambar makanan yang menarik antaranya.

Perkara penting sebelum anda memulakan penggambaran fotografi makanan ialah memilih lensa yang sesuai. Lensa paling sesuai digunakan yang berfokal 50mm hingga 100mm.

Tetapan pada kamera; Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/200, bukaan f/11.0, ISO 100. Aksesori tambahan lampu dan tripod.

Ini bagi mengelakkan resipi makanan kita kelihatan tidak sempurna. Bagi pemilihan bukaan pula, gunakanlah F number yang besar (bukaan kecil) sebagai contoh f.11 ke atas supaya makanan anda kelihatan lebih tajam.

Tetapan pada kamera; Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/100, bukaan f/13.0, ISO 100. Aksesori tambahan lampu dan tripod. 

Anda perlu berani mengambil gambar dari sudut yang berbeza daripada kebiasaan. Kebelakangan ini kecenderungan juru foto mencuba teknik Flat lay berbanding sudut 45 darjah yang sentiasa digunakan. Kita boleh menggunakan pelapik untuk meninggikan hidangan supaya subjek anda nampak lebih dominan.

Tripod merupakan alatan yang penting untuk mendapatkan talaan terbaik sesuatu gambar, ia akan memudahkan anda membuat framing yang anda mahukan.

Tetapan pada kamera; Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/200, bukaan f/14.0, ISO 100. Aksesori tambahan lampu dan tripod.

– UTUSAN