Itali syor Eropah tubuh pakatan baharu seperti NATO

Itali syor Eropah tubuh pakatan baharu seperti NATO

PEGAWAI polis Sweden berkawal di Helsingborg, menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Luar NATO pada 21 Mei lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Itali menyeru pembentukan pakatan pertahanan Eropah yang baharu untuk melindungi benua itu daripada ancaman yang semakin meningkat dari Russia serta keengganan Amerika Syarikat (AS) menjamin keselamatan rantau di berkenaan.

Cadangan itu dikemukakan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, yang menggesa 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) membentuk satu pakatan bersama 13 negara Eropah lain yang mempunyai pendirian sehaluan, termasuk United Kingdom (UK), Norway, Turkiye dan Ukraine.

“Kita mesti membina pertahanan benua Eropah,” kata Crosetto dalam temu bual dengan The New York Times.

Walaupun cadangan itu dijangka sukar dilaksanakan, usaha Crosetto menunjukkan Eropah kini mengambil pendekatan lebih proaktif terhadap pertahanan mereka susulan perang di Ukraine, selepas bertahun-tahun kurang pelaburan dalam sektor ketenteraan.

Ia juga mencerminkan kebimbangan pemimpin Eropah terhadap usaha Presiden Donald Trump untuk mengurangkan kehadiran ketenteraan AS di rantau itu.

Idea itu secara ketara mengubah cara Eropah mengatur pertahanan, dengan mewujudkan satu struktur baharu pimpinan yang beroperasi seiring dengan sistem Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diterajui AS.

Sejak Perang Dunia Kedua, AS menjamin keselamatan sekutunya di Eropah sehingga Trump mencabar mereka untuk memikul tanggungjawab lebih besar terhadap keselamatan sendiri.

Crosetto mula mengemukakan cadangan itu dalam surat yang dihantar pada April kepada rakan sejawatannya di seluruh benua, serta kepada pemimpin EU dan NATO.

“Dasar pertahanan Eropah yang boleh dipercayai tidak lagi boleh terhad hanya kepada negara anggota EU.

“Keselamatan benua ini melangkaui sempadan EU dan memerlukan penglibatan penuh semua rakan kongsi. Oleh itu, ia mesti dibentuk sebagai satu projek bersifat benua,” katanya.

Dalam surat itu, Crosetto turut menekankan kepentingan melibatkan Ukraine, yang bukan anggota EU dan NATO, namun ‘ditakdirkan’ untuk kekal sebagai tonggak barisan hadapan keselamatan Eropah.

Sebelum ini, Itali sudah pun bekerjasama dengan Perancis, Jerman, Poland dan UK untuk membentuk satu perkongsian ketenteraan baharu yang lebih kecil dan tidak melibatkan AS.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN