Reformasi struktur tidak lagi boleh ditangguh

Reformasi struktur tidak lagi boleh ditangguh

ANWAR Ibrahim dan Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour merasmikan majlis Sasana Symposium 2025 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lagi boleh menangguhkan reformasi struktur terutama melibatkan subsidi bahan api dan pembaharuan pelaksanaan cukai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana subsidi bahan api terutamanya untuk RON95 telah memberi manfaat kepada golongan kaya dan juga warga asing, sedangkan sumber kewangan kerajaan sepatutnya disalurkan kepada mereka ymemerlukan.

Katanya, kerajaan Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM20 bilion setahun untuk subsidi RON95 dengan 40 peratus atau bersamaan RM8 bilion dinikmati oleh golongan 15 peratus pendapatan tertinggi dan warga asing.

“Jumlah ini lebih baik digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan,” katanya dalam ucaptama di Simposium Sasana 2025 yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN