PM umum penubuhan jawatankuasa khas pertingkat sistem kesihatan swasta

PM umum penubuhan jawatankuasa khas pertingkat sistem kesihatan swasta

ANWAR Ibrahim berucap ketika majlis perasmian Sasana Symposium 2025 di Bank Negara hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

Perdana Menteri berkata,  penubuhan jawatankuasa itu sekaligus dapat memastikan  sistem penjagaan swasta terutama perubatan swasta yang berkualiti, mampu milik dan boleh diakses semua rakyat.

Menurutnya,  kerajaan akan melaksanakan perubahan asas sistem penjagaan kesihatan swasta dengan beralih kepada model berdasarkan hasil atau value-based healthcare (VBHC).

“Model ini memberi tumpuan kepada kualiti kesihatan pesakit berbanding kuantiti perkhidmatan yang diberikan dengan objektif utama meningkatkan kualiti penjagaan dan mengurangkan kos menerusi penetapan harga yang lebih jelas,” katanya katanya dalam ucaptama di Simposium Sasana 2025 yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN