Kerajaan setuju beri diskaun tol sempena Tahun Baru Cina

Kerajaan setuju beri diskaun tol sempena Tahun Baru Cina

FAHMI FADZIL
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sempena  musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025 minggu hadapan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membuat pengumuman dalam masa terdekat, Insya-Allah mengenai pemberian diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Katanya, inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan rakyat serta membantu rakyat membuat keputusan tentang tarikh atau waktu sesuai untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini.

Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 akan diraikan pada 17 Februari ini dengan cuti umum selama dua hari sehingga 18 Februari di seluruh negara.

Tahun lalu, kerajaan memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 dengan implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.

Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga akan melaksanakan kawalan harga barang selama sembilan hari bermula 13 hingga 21 Februari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, sebanyak 16 jenis barangan akan dikawal harga di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 bertujuan memastikan kestabilan harga dan melindungi pengguna daripada kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN