JELEBU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Putra di sini pagi ini.
Beliau tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira pukul 9.09 pagi bersama isterinya, Datin Seri Maziah Mohd. Nor yang turut mengundi di lokasi yang sama.
Jalaluddin juga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 kali ini akan bertanding di kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ahli Parlimen Jelebu itu akan bersaing satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Amirudin Hassan.-UTUSAN.
//habis
JALALUDDIN Alias dan Maziah mengundi di Pusat Mengundi SK Kampung Putra, Jelebu pagi ini.











