Trump makin hilang arah selepas Republikan kalah

Trump makin hilang arah selepas Republikan kalah

PRESIDEN AS, Donald Trump, berucap semasa perhimpunan kempen pilihan raya pertengahan penggal di Guardian Centers di Perry, Georgia, pada 24 Oktober lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kesediaan untuk bekerjasama dengan Demokrat, namun pada masa sama meneruskan dasar berhaluan keras mencerminkan dilema politik yang dihadapi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas Parti Republikan kalah teruk dalam pilihan raya pertengahan penggal baru-baru ini.

Perkembangan itu memperlihatkan pendirian Trump yang tidak konsisten ketika beliau berdepan peningkatan tekanan politik, termasuk desakan supaya kuasanya dihadkan dan pentadbirannya disiasat.

Parti Demokrat berikrar mengehadkan kuasa Trump serta melancarkan beberapa siri siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sekali gus membuka kemungkinan presiden berusia 80 tahun itu berdepan proses pemecatan buat kali ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada malam keputusan pilihan raya diumumkan, Trump mengucapkan tahniah kepada Demokrat atas kejayaan menguasai Kongres dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti itu.

Namun, pendirian itu tidak sepenuhnya mencerminkan tindakannya apabila beliau melantik Stephen Miller, tokoh berhaluan keras yang merangka dasar tindakan tegas terhadap pendatang, sebagai ketua kakitangan baharu bagi menggantikan Susie Wiles.

Miller sebelum ini memainkan peranan utama dalam operasi serbuan imigresen menggunakan anggota bertopeng yang mengorbankan dua warga AS, selain membantu Trump menggunakan perintah eksekutif bagi memintas Kongres.

Bagaimanapun, dalam temubual bersama program 60 Minutes terbitan CBS News yang disiarkan Ahad lalu, Trump mengakui pendekatan agresif pentadbirannya dalam mengusir pendatang menyebabkan pengundi tidak senang.

“Saya fikir tindakan itu terlalu keras,” katanya, meskipun sebelum ini mempertahankan dasar pengusiran pendatang yang dilaksanakannya.

Trump turut mengakui perang Iran menjadi antara punca utama kekalahan Republikan, namun tetap memberikan sokongan kepada Ketua Pentagon, Pete Hegseth, yang berdepan usaha pemecatan. 

Beliau juga kembali membangkitkan dakwaan tidak berasas mengenai penipuan pilihan raya meskipun sebelum ini menyatakan kesediaan menerima kemenangan Demokrat.

Perubahan pendirian itu menyukarkan ramalan mengenai langkah seterusnya Trump, termasuk kemungkinan mencapai persetujuan dengan Demokrat berhubung isu imigresen atau pemberian pengampunan kepada pendatang tanpa dokumen.

“Antara ciri Donald Trump ialah beliau boleh mengubah pendirian dalam sekelip mata,” kata Senator Demokrat, Chris Coons, kepada CNN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini