Bellingham pemain tengah terbaik dunia- Mourinho

Bellingham pemain tengah terbaik dunia- Mourinho

JOSE MAURINHO - REAL MADRID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jose Mourinho menyifatkan Jude Bellingham sebagai pemain tengah terbaik dunia selepas bintang England itu mencetuskan kebangkitan ketika Real Madrid membelasah PSV Eindhoven 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam.

Bellingham yang dimasukkan pada babak kedua ketika Real ketinggalan, memainkan peranan penting mengubah rentak permainan pasukan itu, termasuk menghasilkan gol menakjubkan menerusi rembatan jarak jauh.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu sebelum ini mengakui Mourinho membantu mengembalikan prestasi terbaiknya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, namun pengendali Portugal itu menegaskan Bellingham sendiri menjadi faktor utama kejayaan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir individu paling bertanggungjawab terhadap pemain seperti Jude hari ini ialah Jude sendiri dan rakan sepasukannya. Saya hanya cuba membantu sedikit.

“Dia pemain yang luar biasa dan memiliki segala-galanya. Dia mempunyai kekuatan fizikal, teknik, pemahaman taktikal terhadap permainan, cita-cita dan semua yang diperlukan.

“Dia bukan melakukannya seorang diri, tetapi hari ini dia mengubah arah perlawanan. Dia pemain yang luar biasa dan bagi saya, tanpa sebarang keraguan, pemain tengah terbaik dunia,” kata Mourinho.

Kemenangan ke atas PSV turut mengekalkan rekod sempurna Real dalam fasa liga Liga Juara-Juara, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas buat sementara waktu.

Mourinho turut mengulangi pandangannya bahawa sesuatu yang memalukan apabila Bellingham tidak disenaraikan dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia pada majlis Ballon d’Or tahun ini.

Pengendali itu mengakui persembahan Real pada babak pertama amat mengecewakan apabila pasukannya ketinggalan 0-1, sebelum Bellingham membantu mengubah keadaan selepas rehat.

“Babak pertama sangat mengejutkan dalam cara yang buruk. Pemain bernombor lima ini memberikan dinamik yang sama sekali berbeza kepada pasukan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini