Atmaca: Kos tambahan LCS melibatkan integrasi, sistem Pelancar

Atmaca: Kos tambahan LCS melibatkan integrasi, sistem Pelancar

MOHAMED Khaled menyampaikan sumbangan barangan kepada murid Sekolah Panchor, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kos tambahan penggunaan peluru berpandu Atmaca buatan Turkiye bagi kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melibatkan kerja integrasi dan sistem pelancar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan telah membuat tempahan peluru berpandu Atmaca bagi kapal misi pesisir (LMS), sekali gus membolehkan sebahagian daripada tempahan berkenaan digunakan untuk LCS.

Beliau berkata, peluru berpandu Atmaca itu turut boleh digunakan sebagai pengganti peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) dari Norway.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang sudah tempah Atmaca untuk LMS. Jadi sekarang saya hanya perlu ambil Atmaca itu dan letak di situ (LCS).

“Kos-kos integrasi dan pelancar (kos tambahan). Apabila Norway pulangkan balik duit kita, baru kita akan guna untuk bayar misil yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Peluncuran Sekolah Angkat Madani – Malaysia Defence Intelligence Organisation MDIO di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, kerajaan memilih Turkiye sebagai negara pembekal alternatif bagi menggantikan sistem NSM selepas menilai cadangan daripada beberapa negara termasuk Perancis dan Itali, berdasarkan aspek harga, tempoh penyerahan serta kos pendahuluan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, peluru berpandu Atmaca yang ditempah bagi LMS dijangka siap pada 2028 dan penggunaan sistem sama membolehkan kementerian memanfaatkan tempahan sedia ada.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kos tambahan yang terlibat kerana perkara itu masih dalam rundingan.

Ditanya mengenai mendapatkan semula bayaran daripada Norway, Mohamed Khaled berkata, perkara itu mungkin memerlukan tindakan undang-undang termasuk proses timbang tara atau mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini