SIC perkukuh pengurusan trafik, sistem pengangkutan

SIC perkukuh pengurusan trafik, sistem pengangkutan

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) memberi jaminan akan segera memperkemas pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan pergerakan penonton menjelang perlumbaan Formula 1 Bahrain Gran Prix di Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang.-UTUSAN/ASWAD YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil langkah segera bagi memperkemas pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan pergerakan penonton susulan cabaran yang dihadapi sebahagian peminat yang menyaksikan Grand Prix Formula 1 (F1) Bahrain ketika keluar dari litar, semalam.

Dalam kenyataan media, hari ini, SIC berkata, pengalaman serta keselamatan peminat kekal menjadi keutamaan sepanjang penganjuran acara berkenaan.

“SIC menyedari cabaran yang dihadapi sebahagian peminat ketika melakukan perjalanan pergi dan balik dari litar semalam, khususnya ketika tempoh kepulangan pada sebelah petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan serta pihak berkuasa berkaitan bagi memperkukuh pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan kawalan pergerakan orang ramai,” menurut kenyataan itu, hari ini.

SIC turut menasihatkan peminat yang hadir supaya merancang perjalanan lebih awal serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan perjalanan menerusi saluran media sosial rasmi litar berkenaan.

Jelas kenyataan itu lagi, peminat juga diminta mematuhi arahan pegawai bertugas serta papan tanda yang disediakan ketika tiba atau meninggalkan litar kerana susunan trafik mungkin diubah mengikut keadaan semasa.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan serta berharap dapat mengalu-alukan kehadiran semua untuk menikmati hari yang selamat dan menyeronokkan di SIC,” katanya.

Semalam, ratusan peminat terpaksa berjalan kaki keluar dari SIC ekoran bas perantara tidak mencukupi untuk menghantar mereka ke tempat meletak kenderaan di beberapa destinasi ditetapkan penganjur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN