Keputusan letak jawatan tidak jejas pelaksanaan projek RTS Link - Anthony Loke - Utusan Malaysia

Keputusan letak jawatan tidak jejas pelaksanaan projek RTS Link – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau sebaliknya berkata, keputusan itu tidak berkaitan kerana kerja-kerja fizikal serta persiapan teknikal di lapangan digerakkan sepenuhnya oleh pasukan kontraktor dan pihak operator yang dilantik.

“Perkara ini tidak ada kena-mengena dengan isu peletakan jawatan saya, kerja-kerja tetap berjalan seperti biasa. Bagi projek RTS Link, segala tugasan diuruskan oleh kontraktor dan pasukan bertugas.

“Kita di peringkat kementerian memang membuat keputusan dasar dan menjadi jurucakap projek, namun ia tidak akan memberi sebarang impak kepada perjalanan projek mengikut garis masa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena program Peluasan Perkhidmatan Bas.My Johor Bahru di JB Sentral, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Pada 29 September lalu, beliau memberitahu surat peletakan jawatan beliau sebagai anggota jemaah menteri Kerajaan Madani telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun katanya, beliau telah diminta untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan untuk satu tempoh masa yang dipersetujui iaitu sehingga Datuk Seri Najib Razak pulang ke rumah.

Terdahulu, beliau menawarkan peletakan jawatan tersebut sebagai bantahan kepada tahanan rumah diterima bekas Perdana Menteri berkenaan selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini