Arab Saudi pertimbang dua pilihan lawan Houthi

Arab Saudi pertimbang dua pilihan lawan Houthi

ANGGOTA keselamatan kerajaan Yemen yang diiktiraf antarabangsa mengawal sekatan jalan raya di Taiz susulan kebimbangan mengenai penyusupan kumpulan Houthi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi sedang mempertimbangkang beberapa pilihan ketenteraan bagi melancarkan serangan terhadap kumpulan Houthi di Yemen, termasuk operasi dari kawasan pantai untuk menjamin keselamatan laluan perkapalan Laut Merah atau serangan serentak di beberapa medan.

Menurut sumber Reuters, operasi itu akan diketuai pasukan Yemen di lapangan yang berada di bawah pengawasan Riyadh, dengan sokongan serangan udara Arab Saudi.

Amerika Syarikat (AS) ketika ini menyediakan risikan bagi menyokong operasi Arab Saudi di Yemen, manakala beberapa negara serantau dan Eropah membekalkan bantuan ketenteraan yang kebanyakannya bersifat pertahanan kepada Riyadh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, sumber mendakwa sekutu Arab Saudi tidak dijangka terlibat secara langsung dalam operasi tempur itu.

Sumber berkata, antara tujuan utama serangan yang dirancang Arab Saudi itu adalah untuk menghalang kemaraan Houthi yang semakin meningkat bulan lalu selepas kumpulan itu bergerak menyusuri pantai dan menguasai Selat Bab al-Mandeb. 

Menurut pegawai Teluk dan Yemen, Arab Saudi sedang mempertimbangkan dua pilihan untuk operasi itu, melibatkan serangan terhad di kawasan sekitar Bab al-Mandeb dan operasi lebih meluas merangkumi serangan serentak di pelbagai barisan hadapan di Yemen termasuk wilayah Al-Bayda, Marib, Taiz serta Al-Jawf.

Pegawai memberitahu Reuters, lebih 100,000 anggota tentera Yemen mungkin dikerahkan dalam operasi itu, bergantung kepada skala serangan.

Bab al-Mandeb merupakan laluan keluar di bahagian selatan Laut Merah dan perairan penting bagi perkapalan penting antara Mediterranean dan Asia.

Kepentingannya meningkat tahun ini kerana menjadi laluan alternatif kepada Selat Hormuz yang hampir ditutup akibat konflik Iran.

Menurut diplomat Barat dan pegawai Teluk, Riyadh berpendapat rundingan damai baharu dengan Houthi tidak boleh dimulakan selagi kumpulan itu masih menguasai Bab al-Mandeb.

Enam individu yang mengetahui rancangan Arab Saudi bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh tepat operasi itu akan dilancarkan, namun menganggarkan ia dalam tempoh seminggu hingga selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada awal November.

Bekas Duta Besar AS ke Arab Saudi, Michael Ratney, menjangkakan operasi itu akan tertumpu kepada kawasan tertentu dan skalanya jauh lebih kecil berbanding operasi diketuai Riyadh pada 2015 yang bertujuan menewaskan kumpulan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN