SERI KEMBANGAN: Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pagi tadi.
Ahli keluarga dan kenalan terdekat turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Dr. Siti Hasmah.
Turut kelihatan beberapa pemimpin politik termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institus Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.-UTUSAN










