Pengganti Nova belum ada kata putus - BAM

Pengganti Nova belum ada kata putus – BAM

Nova Widianto
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekosongan jawatan ketua jurulatih beregu campuran Malaysia yang ditinggalkan Nova Widianto masih belum diisi, walaupun, spekulasi cuba mengaitkan Pang Cheh Chang sebagai calon untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan media berkata, badan induk tersebut masih belum membuat sebarang kata putus berhubung jawatan berkenaan.

“BAM ingin memberi penjelasan bahawa mengenai perlantikan ketua jurulatih beregu campuran negara nasib belum dimuktamadkan.

“Pihak persatuan masih dalam proses menilai dan menapis calon untuk dipertimbangkan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, BAM hanya akan membuat pengumuman rasmi sebaik perlantikan tersebut telah dimuktamadkan.

Menerusi laporan sebuah media tempatan, semalam, Cheh Chang yang juga merupakan jurulatih beregu lelaki remaja kebangsaan dikatakan menjadi calon pengganti Nova yang meletakkan jawatannya itu bulan lalu.

Namun, dalam satu temu bual bersama pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini, Cheh Chang enggan mengulas mengenai perlantikan tersebut dan lebih selesa menyerahkan kepada BAM untuk membuat pengumuman rasmi nanti.

“Kalau saya komen pasal benda ini yang mana belum dibenarkan lagi, macam tak betullah. Saya ikut prosedur persatuan (BAM). Jadi, tiada komen, cuma biarkan pihak BAM yang tentukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×