PDRM zahir ucapan takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah - Utusan Malaysia

PDRM zahir ucapan takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, seluruh warga PDRM mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa.

Beliau berkata, dalam masa sama, PDRM turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan dapat diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga Tun Dr Siti Hasmah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan bertakwa dan kami seluruh warga PDRM mendoakan kesejahteraan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis Baharu di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, hari ini.

Terdahulu, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Allahyarhamah yang berusia 100 tahun meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×