Malaysia bangkit mara ke final acara regu

Malaysia bangkit mara ke final acara regu

KEMENANGAN itu memastikan Malaysia menempah tiket ke final bertemu Thailand, sekali gus dalam usaha memburu pingat emas kedua dalam sepak takraw selepas berjaya meraih emas dalam acara berpasukan sebelum ini-IHSAN PSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sepak takraw negara bangkit daripada ketinggalan selepas tewas set pertama sebelum menundukkan Filipina 2-1 dalam aksi separuh akhir acara regu Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Malaysia yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi gagal mengawal permainan pada set pertama apabila Filipina mencuri kemenangan 15-10.

Bagaimanapun, kemasukan Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias mengubah rentak permainan apabila kedua-duanya membawa tenaga baharu untuk membantu Malaysia menguasai set kedua dan mengikat kedudukan menerusi kemenangan 15-11.

Memuatkan artikel berkaitan…

Momentum itu terus dipertahankan pada set penentuan apabila regu negara tampil lebih kemas dan agresif untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 15-7.

Kebangkitan itu memastikan Malaysia menempah tiket ke final bertemu Thailand, sekali gus dalam usaha memburu pingat emas kedua dalam sepak takraw selepas berjaya meraih emas dalam acara berpasukan sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×